Monday 28 January 2013

The Kite Runner

Assalamualaikum.

Kalian pernah tengok cerita adaptasi novel 'The Kite Runner' tak? Ataupun dalam terjemahan Bahasa Melayu, 'Si Pengejar Layang-layang'. Kegilaan aku terhadap cerita ini amatlah sukar untuk ditafsirkan dengan mata kasar, apatah lagi mata air dan mata-mata. Secara ringkasnya, cerita ini mengisahkan tentang dua orang sahabat yang berlainan status, anak orang berada dan anak orang gaji di Afghanistan. Aku benar-benar mengagumi kisah persahabatan mereka yang begitu menyentuh hati dan naluri keibuan aku walaupun status aku masih membujang trang tang tang.


Ini lah cerita yang aku uar-uarkan tadi tu

Scene peperangan dan aktivis-aktivis Taliban yang penuh ekstrem di dalam cerita ini telah membuatkan mulut aku ternganga luas dan punggung aku melekat bagaikan diletakkan gam UHU di atas sofa. Aku memang suka cerita yang berbentuk fiksyen sebegini. Disebabkan ketaksuban aku yang tidak dapat lagi dibendung terhadap cerita ini, julung-julung kalinya aku sebulat suara telah membuat keputusan untuk membeli novel berbahasa Inggeris tersebut di MPH bookstore, Midvalley. 


Pekena Spaghetti Bolognese dan Kid's Burger di Secret Recipe. Pinggan yang dah licin tu dek kerana penangan kelazatan kek Chocolate Indulgence yang lemak berkrim 


Punca utama aku makan kat sini. Aku tak sanggup melihat muka monyok entah berapa sen yang adik aku berjaya buat ni. Hahaha. Siapa tak sayang adik, beb!

Alhamdulillah! Aku seakan-akan tidak percaya aku berjaya mengkhatamkan novel setebal 324 muka surat itu selama seminggu sahaja! Nampak tak kejayaan aku di situ? Hahaha. Al-maklumlah, penguasaan Bahasa Inggeris aku sangatlah lemah dan tidak bermaya. Lantaran itu, aku perlukan syampu berjenama Pantene untuk menguatkan kembali penguasaan aku berbahasa Inggeris supaya vocabulary aku lebih bersinar dan berkilau. 

#Aku ketagih membaca sekarang. Rambang mata melihat aksi-aksi ghairah buku bestseller yang meliuk-lentok mempamerkan kulit muka buku masing-masing di MPH. Oh tidak! Janganlah menggoda aku lagi, wahai buku!

Ustazah berceloteh : Islam meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam kehidupan manusia. Ini terbukti dengan penurunan wahyu pertama iaitu arahan, 'Bacalah!' (Surah al-'Alaq1-5)

2 comments:

  1. bagus betul, sanggup tu beli novel. Ilmu itu sungguh mulia

    ReplyDelete