Monday 14 January 2013

Suka Suki

Assalamualaikum.

Dah genap seminggu rupanya aku tak update blog. Asyik baca blog orang lain tapi blog sendiri mati kelaparan. Hahaha. Sepanjang rehlah (perjalanan) aku menelusuri blog-blog orang lain, aku jumpa pelbagai jalan cerita, genre, manhaj juga idea dalam rencana diorang. Ada yang sentiasa mengepost entry berunsur Islamik dan dakwah islamiyyah. Ada pula yang bercerita tentang kehidupan seharian mereka, hari ni makan apa, tadi mak aku suruh angkat baju, Mak Ngah dia kahwin lain, dia kena usha dengan awek cun serta bermacam-macam lagi kerenah serta ragam kehidupan yang rencam. Namun, tidak kurang yang mengkritik situasi politik dunia, tempatan dan menyerang peribadi orang lain dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Bukan aku komen atau kritik penulisan blog mereka/korang, tidak sama sekali. Cuma, aku agak terkejut dengan pembangunan minda rakyat Malaysia yang kian berkembang dari semasa ke semasa. Mereka mula memahami dan peka dengan situasi yang berlaku disekeliling. Tapi tak kisahlah, blog itu hak masing-masing. Batasnya, etika penulisan blog yang patut kita patuhi. Bak kata Azwan Ali “Ada aku kesah?!” Hahaha. Selamat berblog kawan-kawan!

#Sebenarnya aku nak update mengenai HKR KL112. Masih mencari mood menulis. Entri Bahasa Melayu pula kali ni. Sebab semester depan dan seterusnya takde dah subjek English! Yippee! ^^

3 comments:

  1. hey2 jgn lupe sem depan ade subjek law dlm bi yee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. hahaha.. subjek english xd.. tp subjek dalam english ad.. haha

      Delete