Tuesday 26 February 2013

Malu Tapi Mahu





Assalamualaikum.

Hari ni aku terlewat bangkit dari tidur akibat melengah-lengahkan waktu. Hormon yang mengalir membawa bersama leluhur syaitonnirrajim laknatullah dalam tubuh badan aku dan ia begitu ampuh sekali untuk dinyahsingkir. Aku kelam kabut berlari berkejaran seindah bunga di taman untuk ke kelas Nahu Maqal. Perghh, penat bukan kepalang. Serebrum aku mencungap tidak cukup oksigen. Kardiovaskular naik mengah mengangkut zat tak cukup sifat dalam badan aku ni. Waktu begini, percayalah, tidur adalah nikmat Allah paling indah pernah aku rasakan. Takku sangka takku duga rupanya hari ni lebih teruk daripada semalam. Sadis sungguh!

Ehem ehem. Soalan pertama, adakah tajuk entri berkaitan dengan cerita romantik di atas? Soalan kedua, adakah bulu ketiak hangit kalian geli geleman tatkala membaca tajuk entri ini? Sila jawab soalan berikut di atas kertas kosong yang tidak disediakan. Maaf, entri tidak berilmiah aku ini tidak ada kaitan dengan cinta monyet, beruk mahupun kera. Tetapi, ianya berkisar tentang masalah hal ehwal kewangan aku yang diibaratkan seperti telur dadar dihujung tanduk kerbau.

Memandangkan aku seorang mahasiswi yang mengharapkan wang belas ihsan PTPTN dan elaun Suksis yang masih belum terima lagi semester ini, aku kekeringan. Hidup aku umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak perlulah nak kesian, simpati dan empati dengan diri aku. Bukanlah sebab mak ayah aku kejam tak beri duit. Aku yang segan tak bertempat dan berhabitat. Memang dari dulu aku cukup segan nak minta mak ayah aku duit. Kalau mak ayah aku tanya barulah nak buka mulut cakap dah kong. Bertuah mereka dapat anak macam aku kan? Hahaha. Sesiapa yang nak jadikan aku anak, kakak, adik, nenek mahupun bini angkat, sila hadirkan diri anda di lokasi-lokasi uji bakat di melata dunia.

p/s : Aku harap semester ini adalah kali terakhir aku mintak duit mak ayah aku. Biarlah Maggi menjadi peneman setia aku tatkala perut aku berkeroncong kerincing. 'Terima kasih, mak ayah'!

Ustazah berceloteh : “Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi). Nabi SAW mengajak seluruh umatnya bersyukur atas segala nikmat dimiliki dan tidak melihat kepada golongan yang sudah kaya dan mewah hidupnya sehingga terkocak dalam hati rasa dengki. Baginda juga meminta kita sentiasa bersyukur atas nikmat diberikan Allah dan bersifat qanaah, iaitu berasa cukup kurniaan Allah. 

Monday 18 February 2013

Nasibah's Wedding!

Assalamualaikum.

Pejam celik terkebil-kebil rupa-rupanya aku sudah masuk semester 4. Ini bermakna hanya tinggal 3 semester sahaja yang bersaki-baki. Yang pasti, hari dan ketika yang mendatang pasti menjadikan kita insan yang lebih berjiwa baru. Sama ada berpendirian yang rapuh kepada yang lebih teguh, jiwa yang kosong kepada yang lebih terisi, dan perut yang leper kepada yang lebih gendut bertali kecapi.

Dalam kelas subjek Ahwal Syakhsiyyah tadi, aku belajar mengenai konteks akad nikah. Lantaran itu, serebrum baru menghantar pesan kepada jari jemari lembut melalui medula oblongata aku supaya mnge'post' entri dalam blog sakai ini mengenai majlis perkahwinan kawan aku, Nasibah bt Khaidir. Owyeahh ^^


Nasibah dan suaminya, Syafie. Sweet gilaa kan? Nasibah ni merupakan kawan sekolah menengah aku dulu, SMK Bandar Tasik Selatan. Kami sekelas, sehostel, sekepala, sebantal, serta sesemut yang mempunyai sesungut. Sumber : Muka buku


Saat akad nikah ^^


Dari kiri ; Akmar, Nabihah, dan budak sewel sesat. Si comel kat bawah tu, Fatah. Lebih kurang 6 tahun lamanya aku tak jumpa mereka ni. Perangai semua dah matang-matang belaka


Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, haaa


Aku tak tau la siapa punya angkara yang ambil gambar sedemikian tiada rupa. Terima kasih la ye -.-


Aku curi gambar ni kat FB. Mereka ni satu geng star celop. Tempahan? Hubungi saya. Haha ^^


Kami berjaya mengekalkan keayuan dan keremajaan yang telah dipelihara sejak zaman Penjajahan Jepun pada 1941 di Tanah Melayu lagi 


Ini semua poyo!


Rumah pengantin. Yela, tak kan rumah aku pulak kan. Bukan aku yang kahwin

Bila diajukan pasal kahwin, aku memang semangat. Siapa tak semangat, kahwin beb. Mesti best jadi isteri. Semua suami yang tanggung. Nak TV plasma dia belikan. Nak kereta mainan dia boleh bagi. Nak nasi pattaya bungkus kurang sayur bersama air ramli sirap pun boleh. Tak perlu nak merajuk meraung sambil hentak-hentak kaki (Aku selalu buat semasa zaman hingusan hijau dulu). Apa lagi yang tak best kahwin ni? Cuba korang cakap.


Tiga dara pungutan di jalanan. Undilah mereka untuk masa depan anda, keluarga dan rakyat Malaysia


Makan biadap


Dari kiri; Fatin Qila, Kecik, Aainaa, Zehan the Lonjong, Piqa Hohoho Holib, Aku the Sotong Kurita, Honey Madu, Umer, Dayah the Kembang, Lynn Tah Darat dan Ieka. Stok terhad, dapatkan di Pasar Besar Mydin sekarang!

p/s :  Who's the next? Jeng. Jeng. Jeng!

Ustazah berceloteh : Jangan takut nak kahwin awal. Rezeki Allah SWT ada di mana-mana sahaja. Allah berfirman dalam Surah an-Nur ayat 32 yang bermaksud : "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."