Sunday, 3 March 2013

Latihan Industri (LI)

Assalamualaikum.

Aman, damai dan permai sungguh hari ni. Sarapan Koko Crunch sorang-sorang di pagi yang berkabus tanpa diganggu oleh 'makhluk perosak' yang berkata "Akma, mintak sikit!" adalah memori terindah buat insan berjiwa lemah lembik seperti aku. Ahh, selesanyaaa!

Well, pada hari yang indah ini aku ingin berjoyah tanpa Bedah di sisi mengenai Latihan Industri (LI) yang terkenal di bibir-bibir mungil mahasiswa sebagai 'praktikal'. Sukacita dimaklumkan bahawa aku telah dilanda masalah rumahtangga bagi memilih tempat praktikal aku sendiri. Sebagai pelajar Ijazah Pengajian Islam Syariah yang berperwatakan alim-alim kucing parsi dan bermentaliti gila-gila, aku rambang mata melihat badan tough six pack tempat praktikal yang dipaparkan dalam portal pelajar UniSZA. Aku dalam dilema pabila perlu memilih yang mana satu idaman kalbu. Terkadang seolah-olah ditelan mati kutu dan di luah mati pucuk. Inilah antara jejaka-jejaka tampan lagi kacak yang telah membuatkan aku sukar untuk memilih (finalist choice aku) :

1. Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATMA)
                                           

Mesti kalian ketawa teresak-esak sehingga tercabut gusi tatkala melihat finalist yang pertama aku ni kan? Tolong jangan ketawa, kalian hanya perlu senyum tak perlu kata apa-apa. Ini sememangnya adalah tempat yang aku idam-idamkan sejak zaman kanak-kanak mumayyiz lagi. Bermula daripada Johan kawad kaki PKBM (Persatuan Kadet Bersatu Malaysia) peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat kebangsaan, timbul rasa minat yang tinggi menggunung Ledang terhadap bidang ketenteraan. Walaupun BMI aku tidak cukup (underweight) dan dikategorikan kurus tapi kuat makan, aku tidak pernah berputus asa melawan tohmahan yang berbaur sindiran "Badan kurus macam ni pun nak jadi tentera? Kau mampu ke?". Saat ini, aku merasakan tangan aku terketar-ketar tidak tahan ingin memberi hadiah berupa penampar berperisa strawberi coklat terhadap orang yang memperlekehkan minat aku itu. Em. Yang merunsingkan minda klise dan kolot aku ialah faktor pengangkutan (tak tahu bagaimana nak ke sana) dan jarak yang jauh dari rumah (lebih kurang setengah jam) :(

2. TV al-Hijrah Media Corporation


Aku juga berminat dalam bidang penulisan walaupun tidak berbakat. Tapi aku sengaja memporak-perandakan penulisan blog aku sebagai pengubat rindu dan stress. Hahaha. TV al-Hijrah ini mempunyai banyak jabatan. Antara salah satu yang berkaitan dengan kursus aku ialah Jabatan Penerbitan Islam. Antara faktor lain aku memilih tempat ini ialah faktor jarak yang dekat dari rumah (15 minit sahaja) dan pengangkutan (komuter). Oh, lupa nak beritahu seperkara lagi. TV al-Hijrah juga menyediakan elaun sara hidup sebanyak RM700 sebulan sepanjang praktikal. Berbaloi-baloi kan? ^^

3. Muzium Kesenian Islam


Muzium. Hahaha. Pasti mata kalian layu sekuyu mata ikan puyu pabila mendengar perkataan 'sejarah' dan 'muzium'. Tetapi tidak bagi aku. Pelik bukan? Adakah aku seekor makhluk asing comel dari Planet Pluto yang tersesat di muka bumi? Sungguh, aku meminati sejarah, lebih-lebih lagi Sejarah Islam. Buku terkini yang aku sedang berteleku membacanya adalah bertajuk 'Abu Ayub al-Ansari' oleh buah pemikiran Abdul Latip Talib, penulis novel Sejarah Islam No.1 Malaysia. Menarik pengolahan kisahnya! Membuatkan kita rasa rindu serindu-rindunya terhadap Rasulullah SAW. Untuk pengetahuan kalian, muzium ini berdekatan dengan Tempat TV al-Hijrah Production. Jika aku diberi peluang menjadi sebahagian daripada kakitangan kepalabadan di muzium ini, pasti aku tidak akan sia-siakan peluang terbaik ini, cayo lah cakap den!

p/s : Persoalannya, yang mana satu idaman kalbu? Dahulukan minat atau elaun? Utamakan jarak atau cita-cita? Mohon pendapat kalian. Huaaaa!

Ustazah berceloteh : "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku. Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya."

23 comments:

  1. Go for minat! Masih muda, do what u like best. ;);)
    Ditelan mati kutu, diluah mati pucuk dicita, ulam mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua saya minat, kak. Tapi paling minat tentera la. More adventurous. Hehe. Nanti saya rojer-rojer kalau dapat sana, insyaallah! ^^

      Delete
  2. wah wah..akak tak tau nak pilih mana nih..masih dipikirin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kok masih dipikirin? Hahaha. Sama la kita, kak. Tu pasal minta pendapat. Pening-pening taik lalat dah ni. Adess

      Delete
  3. of course pilih yg minat. masa LI ni penting utk kita gain experience tau. nanti nak keja boleh up dalam resume. lg senang nk dpt keja yg kita minat. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay. Cakap pasal kerja, dah ada yang terlintas secara langsung di fikiran saya ni. Terima nur kasih sayang, Cik Na! ^^

      Delete
  4. weh, nanti aku stay umah ko. aku nk praktikal kat alhijrah tu.. banyak tu 700... wawawaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau nak ke praktikal kat situ? Aku dah telefon TV al-Hijrah tu semalam. Tugas kita buat skrip, research kitab-kitab dan lain-lain yang berkaitan la. Menarik dan tertarik jugak. Boleh tercabar akal kebetinaan kita nanti

      Delete
  5. "Adakah aku seekor makhluk asing comel dari Planet Pluto yang tersesat di muka bumi?" thats sentence makes me laugh...hehe.. #blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sengaja aku selitkan unsur-unsur humorisme di situ. Pengubat rindu dan stress barangkali. Haha. 'Ala kulli hal, thanks blogwalking di sini ^^

      Delete
  6. Rm700 berbaloi tu..
    pilah minat dn cita2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, Mama Rey. Nanti saya update tempat mana yang saya pilih. Wait and see ^^

      Delete
  7. Amiin,,akak cadang wat ape yang kita rase manfaatnya lebih besar pada masa akan datang, insyaAllah,,Allah sentiasa menbantu adik akak sorang ni..:)
    Wat solat istikharah ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Terharunyaa! Amin ya Rabb. Jazakillah kak, sudi jenguk blog kita yang kacau-bilau ni. Malu la pulak. Adess. Ada jugak buat istikharah. Insyaallah, pilihan tu mesti sejajar dengan kemampuan kita ^^

      Delete
  8. Replies
    1. Salam kenal jugak. Terima kasih daun keladi ^^

      Delete
  9. salam....su student unisza jugak...sy ade bnd nk tny...urgent! mcm mna sy nk contct awk yea...
    nie email sy... fa_na91@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Sorry sesangat lambat reply. Orait ;)

      Delete
  10. Assalammualaikum.. mungkin dah lama,, tapi boleh saya tahu akak pilih praktikal di mana? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Hai! Saya pilih praktikal di KAGAT. Ya, menggamit memori sekarang nih. 3 tahun sudah berlalu. Kekeke

      Delete
  11. Salam. Nak tnya. Mcm mana nak mintak LI dkat company ye. Perlu call dia tnya ada internship placement ke? Atau terus je hantar cv dgn cover letter dkat company tu. Selain cv dan cover letter. Apa attachment lain yg perlu diletakkan dalam email. Tq.

    ReplyDelete