Monday 28 January 2013

Syafakillah, Nabilah! T_T

Assalamualaikum.

Semalam sepupu aku tanya, “Kenapa Ayat (nama panggilan manja aku) tak post entri kat blog?”. Aku dengan penuh takzim menjawab, “Ayat banyak kerja la sekarang, busy sket.” Walaupun ketika itu aku hanya duduk menghadap laptop Acer tanpa sebarang kerja. Konklusi mudah tanpa banyak bicara di sini, “Aku malas.”

Tapi, Siti Nur Pelik binti Ajaibnya hari ini jari-jemari aku yang runcing yang rajin membuat kerja rumah tanpa di suruh oleh Mak aku telah meng'log in' blog secara tidak sengaja, malah ter'update' entri di luar kewarasan akal fikiran aku yang kolot ini.

Okay. Berbalik kepada tajuk entri, aku nak cerita serba sedikit al-kisah tragis yang melanda sepupu aku. Minggu lepas, aku melawat sepupu-sepupu comel aku di Kajang. Tidur di sana sehari dua. Aku dah anggap rumah mereka adalah rumah kedua aku. Kami memang kamcing/ngam, walaupun umur aku 10 tahun lebih tua bangka dari mereka. Aku teramatlah sedih tahap cipan yang telah mengandungkan anaknya tenuk tatkala melihat kecederaan kaki kiri sepupu aku ni. Aku tak tahu nak gambarkan bagaimana kesakitan yang dia alami.


Awas! Gambar ini tidak sesuai dilihat oleh ibu-ibu comel yang mengandung serta pesakit jantung tahap ketiga, keempat dan kelima!

Kakinya terkena minyak panas, gara-gara leka menonton TV ketika menggoreng Nugget Ayamas. Keadaan begitu mencemaskan ditambahkan lagi dengan ketiadaan ibubapa mereka di rumah. Sadis sungguh. Aku tidak menyalahkan mereka sepenuhnya kerana mereka masih budak yang tidak tahu/masih mentah lagi dalam mengendalikan urusan kerja-kerja rumah (umur dalam lingkungan 10-14 tahun).

#Ayat doakan Bila cepat sembuh. Jangan nakal-nakal tau. Ayat sayang sangat dengan semua, kakak, Bila, abang, Nadiah dan adik Shirah. Ingatlah janji Allah, sakit itu penghapus dosa.

Ustazah berceloteh : Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment