Thursday 31 January 2013

Ice Skating di Sunway Pyramid

Assalamualaikum.

Ice skating oh ice skating! Walaupun 3 hari telah berlalu, aku masih termimpi-mimpi malah mengigau sambil menjerit "Yippe! Aku boleh berjalan dah! Tak payah pegang aku lagi!". Wahai Ahli Nujum Pak Belalang, apakah tafsiran mimpi beta ini? Adakah seseorang putera raja dari kampung seberang akan belanja beta ber'ice skating' pula selepas ini? Hahaha ^^

Untuk pengetahuan kalian, ini adalah pertama kalinya aku ber'ice skating' di Sunway Pyramid. Aku pergi dengan kawan-kawan aku dari Maahad Hamidiah. Kami ke sana dengan menaiki komuter (KL Sentral-Subang jaya) dan bas (terus ke Sunway). Bas yang kami naiki itu teramat lah comel gila! Orang gila pun tidak secomel bas itu, tau. Hahaha. Aku berharap ini adalah kali pertama dan terakhir aku naik bas itu. 
                                                        

Underwear ke Subang Jaya
                                                        

Inilah rupa hensem kacak bergaya bas mini tu. Terpikat tak? Aww..

Sesampainya di Sunway, perut boroi dan berlapis-lapis kami ini menjerit menyanyi lagu bergenre rock kerana kelaparan pada tahap maksimum. 'Ala kulli hal, kami berpusu-pusu menyerbu francais Chicken Rice Shop seperti tidak pernah menjamah makanan berabad lamanya.


Si comel lote Hani dan si lemah-lembut Mira masih pening-pening taik lalat memikirkan masalah kelaparan yang sedang melanda perut mereka itu


Ohhh, Chicken Rice Shopp.. Bukan sekadar Nasi Ayam! (sila menyanyi mengikut rentak iklan sebenar). Tapi apa yang aku perhatikan di sini hanyalah sekadar Nasi Ayam. Tiada Nasi Kandar. Tiada Kamdar. 


Penyakit poyo kami amatlah sukar dirawat

Ku sangka panas hingga ke petang. Rupanya kilat sabung menyabung pada pukul 12 tengah hari. Hahaha. Sementara menunggu ice skating (ramai gila bapak rakyat 1Malaysia tidak kira bangsa, agama dan etnik kretif sedang ice skating), kami mengambil kesempatan bersuka-ria riang gembira mencuba pelbagai permainan di sini.


Kuda kepang bergerak dengan kuasa sakti


Aku sudah matang. Jangan terpedaya dengan gambar-gambar ini


Tembak jangan tak tembak! 


Vroom! Vrooom! bersama anak Pakcik Sani, Nadya


Bumper car hanyalah untuk pemandu-pemandu berhemah seperti kami. Sekian

Okay, bermulalah kisah dongeng kami di atas bongkah ais yang berada tengah-tengah shopping mall ini. Aku di nasi himpit perasaan yang bercampur-baur antara excited dan takut. Saat itu, aku rasakan usia aku 20 tahun lebih muda daripada usia sebenar. Kerana aku baru belajar bertatih dan berjalan. Yang paling best, tiap kali jatuh, tiada sedikit pun perasaan malu dan putus asa walaupun kami 100% yakin penonton-penonton dan peminat-peminat kami di luar tu sedang ketawa terbahak-bahak terguling-guling melihat gelagat kami yang tak berapa nak senonoh ini. Hahaha ^^


Bersedia untuk ice skate. Dari kiri Syafiqah (Along), Masyitah , Mira dan aku kah itu?


Dengan bangganya kami berjaya berdiri dan berjalan dengan gahnya. Tapi belum boleh berlari laa. Masih belum sampai lagi ke tahap itu. Hahaha. Kira okay la kann


Pemandangan di luar Sunway Pyramid. Cantik kan? Banyak lampu, dah macam I-City. Eh, Pak Polisi ni interframe pulak dalam gambar ni. Biarlah, asalkan dia bahagia

Selesai ice skating, kami terkedek-kedek pulang bagai itik pulang petang ke habitat masing-masing. Penat sangat. Tapi kepenatan itu berlalu bagai awan berarak pilu kerana hadirnya gembira yang memuncak. Terima kasih kawan-kawan yang sudi melayan kerenah aku yang entah apa-apa ni; Nadya, Matt, Along, Mira, Che Yam, Aisyah, Una dan Hani. Kepada kawan-kawan lain yang tidak berkesempatan mengikuti perkembangan dunia semasa kami; Dyra, Mai, Syak, Shiela, Nazirah, Syaira, Ihsan, Jerijit Emas, Akem Sasa, Paan, Syafiq dan Ajie, janganlah bersedih, insyaallah kita akan berjumpa lagi pada episod akan datang pada siaran dan waktu yang sama. Sesungguhnya, aku sangat merindui kalian! Sahabat until jannah ^^

Ustazah berceloteh : “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang berbuat baik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang berbuat baik terhadap jirannya.”  (HR al-Hakim)

5 comments: