Saturday 29 June 2013

Praktikal di Mindef

Assalamualaikum.

Hoii, it's semester break once again! Yippe! Tapi sem break kali ini adalah jauh sekali berbeda dengan sem break yang sebelumnya. Sebabnya aku sedang praktikal magical miracle. Praktikal jugalah yang menghalang aku daripada berlakunya qada' tidur yang tidak terkawal. Untuk pengetahuan korang, aku sedang berpraktikal di Department of Armed Forces Religious Corps. Eh, tiba-tiba terkeluar Bahasa Orang Kafir pulak. Bukan apa, nampak lebih gah kalau guna bahasa tu. Haha. Tempat yang aku idam-idamkan selama ini, Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pintu depan Mindef (Ministry Defence)

First day praktikal, memang excited gila dan ada la perasaan cuak-cuak sikit. Aku datang awal, beb! 7.30 am. Pejabat tak ramai staff lagi. Haha. Kalau classmate aku tau, diorang mesti susah nak percaya dan sesuka hati mengatakan bahawa kata-kata aku ini hanyalah dusta belaka. Jarak rumah aku ke Mindef (Ministry Defence) amat la jauh beribu batu. Aku naik dari KTM Bandar Tasik Selatan hingga ke LRT Dato' Keramat selama 35 minit. Then, naik bas 5 minit pulak. Tapi takde hal la. Minat tentera punya pasal. Apa pun boleh demi kau, KAGAT.

Next station, LRT Dato Keramat. Sila awasi langkah anda

Seminggu di Mindef, aku agak kekok sedikit. Maybe sebab aku sorang je pelajar praktikal sana. Tapi aku boleh sesuaikan diri dengan adanya bakat berceloteh aku yang terendam sekian lama. Tuan-tuan, ustaz, dan ustazah kat sini pun okay je. Caring habiss. Seminggu ni aku takde keluar duit makan pun. Diorang belanja. Untung kan praktikal sorang-sorang? Haha. Korang jangan jeles la pulak. Security kat sini memang strict gila bak ang. Nak masuk tandas pun kena touch kad. Baru pintu bukak weh.

Pintu ke tandas. Aku selalu masuk tandas ni untuk memanaskan diri. Office sejuk kott

Cafe Mindef. Semua pakai uniform. Smart siott!

Kat Jabatan Arah KAGAT ni ada 8 sel tak silap aku. Minggu pertama aku ditempatkan di Sel Pengurusan Sumber Manusia. Penyelia sel ni adalah seorang yang cekap, Cik Fakhrurrazi. Aku tabik spring la kat dia. Kerja dia buat teratur je. Tak macam aku ni ha, serabut beb! Kejap itu, kejap ini pulak. Aku just bantu dia uruskan peserta-peserta ATM berkursus, kemaskini data-data ATM PJJ (Pendidikan Jarak Jauh), dan apa entah lagi. Sekarang ni baru aku tau macam mana nak guna Microsoft Excel. Aku memang kolot binti ketinggalan khairulzaman. Kau kisah apa? Hahaha.

p/s : Aku di Janda Baik, Pahang sekarang. Outstation. Haha. Tunggu nanti aku update entry outstation pulak. See u soon!

13 comments:

  1. wah roomate beznya ka praktikal..msti ka usha diorg sruh belanja mkn kn..hahaha

    ReplyDelete
  2. Haha. Mana ada aku suruh diorang belanja makan. Diorang yang nak belanja, aku redha je la. Rezeki jangan ditolak, tak baikk. Haha

    ReplyDelete
  3. Jabatan Arah ni apa fungsinya dik?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Puan Akmalina ni aktif lagi ke kat blog? Saya ada sedikit soalan psl LI di MINDEF.

    ReplyDelete
  6. sis, nk tanya praktikal dkt mindef dpt elaun tak ?

    ReplyDelete
  7. boleh saya tahu macam mana nak mohon yee?

    ReplyDelete
  8. Saya pun nak tahu macan mana nak mohon untuk internship dekat mindef

    ReplyDelete
  9. Hantar emel urusetiabpsm@mod.gov.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam. Masih valid ke kalau guna method ni untuk apply internship? Terima kasih.

      Delete
  10. ***bahagian pengurusan sumber manusia kementerian pertahanan

    ReplyDelete
  11. Hi, saya nk tanya.. mcm mana nak apply internship dkt mindef ye?

    ReplyDelete