Tuesday, 4 June 2013

Malaslah Puncanya!

Assalamualaikum.

Blogging. Aku tengok korang (kawan-kawan blogger aku yang awesome) memang rajin gila kentang update entry setiap hari. Menulis blog ini umpama bekerja harian, office hour, kau tau? Tiap-tiap hari kau kena masuk kerja. Kalau satu hari kau cuti tak bekerja iaitu tak berblogging, esoknya kau nak masuk kerja, kau akan jadi malas dan masih dalam mood nak bercuti. Contoh yang paling terdekat ialah diri aku sekarang. Yeah, look at me! Agak lama aku tak update entry dekat blog sakai ni, sudah genap dua bulan barangkali. Kesian aku tengok kau, blog. Dah la buruk, hodoh, busuk. Takde orang kisah pulak tu. Malangnya nasib kau dapat tuan macam aku ni. Hahaha!

Tapi. Tapi. Tapi kan. Tapi bila sekali kau sudah mula setiap hari blogging, kau akan dapat momentum penulisan itu dan kau akan terus menulis dan menulis, dan tidak kisah untuk memperuntukkan sedikit masa pada setiap hari. Kau hanya perlu terus menulis, menulis, dan terus menulis, supaya kau terbiasa menulis dan jangan berehat dari menulis blog. Berehat mengajar kau bersenang. Kau jangan berhenti.

Tapi bila kau sudah mula meninggalkan blog kau untuk beberapa hari, untuk mula menulis semula adalah sangat payah, sangat malas. Malas weh. Malas gila tau!

Aku rasa semua benda dalam kehidupan seharian kita macam ni kan? Kau tengok bilik kau bersepah, kau rasa malas nak kemas, tapi bila sekali kau mula mengemas, kau akan mengemas gila-gila. Kan? Eh, ke aku sorang je perangai macam tu? Kan dah kantoi. Haha! Kau hanya perlu memulakan sesuatu yang lama ditinggalkan, dan selepas sudah jumpa permulaan itu, Alhamdulillah, perjalanan akan lancar. Vrooom!

p/s : Minggu ni aku study week. So, minggu depan aku final exam di mana exam ini merupakan aktiviti lasak terakhir yang mencabar kewarasan fikiran sebagai penutup tirai semester 4. Tapi yang peliknya aku excited gila nak praktikal lepas exam ni. Pulak dah. Apa? Praktikal? Tempat praktikal? Kat mana? Jeng jeng jeng! I will update soon. Wish me luck by the way! ^^


Mood study. Take a break with ukulele!

Ustazah berceloteh : "Allah SWT mencela sikap lemah, tidak bersungguh-sungguh (malas), tetapi kamu harus memiliki sikap cerdas, namun jika kamu tetap terkalahkan oleh suatu perkara, maka kamu berucap 'cukuplah Allah menjadi penolongku, dan Allah sebaik-baik pelindung.'' (Hadis Riwayat Abu Daud)

13 comments:

  1. Muahahah exactly!!! Look at me also lar, suam2 kuku kaki kiri ukulele jer blogging sekarang, mengengsot jer.

    Mengemas pun sama dear, kalau dah licin segala bersih, nampak rambut selai atas lantai pun terus kutip buang muahaha.

    All the best with ur paper, enjoy the praktikal time... soon ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Saya tengok Mama JJ selalu je update blog. Huhu. Thanks kak, for your wish ^^

      Delete
  2. Bila dah buat blog rugi la kalau tak coretkan semua apa yang kita alami kat blog..blog tak sama macam facebook.kita boleh simpan banyak kenangan dalam bentuk penceritaan kat blog...nanti lama2 kalau lupa dah tak best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau dah tua2, boleh la baca balik apa yg kita coretkan. Kenangan weh! ^^

      Delete
  3. samalah dgn yumida
    bila mood baik..semangat blogging
    bila xde mood..1 entry pun xdok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kunci pendapat awak, Yumida! Ngeh3

      Delete
  4. kita geng, hi-5! idea banyak nak share tapi disebabkan malas tu berleluasa, banyak benda tertunda, termasukla mood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Menulis kena ada mood, kopi ^^

      Delete
  5. sekarang cikna dah jarang2 kerja. sbb kekurangan masa & idea & mood. hehe..

    pandainya main ukulele.. nk request lagu boleh? ;)

    GOOD LUCK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bereh bohh. Lagu apa, Cikna? Thanks btw!

      Delete
  6. Ehh, Aku baru nampak gambar ko tu.. seksiiii wooo! HAHAHAH!

    ReplyDelete
  7. samala Akmalina..selalu tak kemas blog..cian si blog..hehe..

    gd luck final exam Akmalina ya..

    ReplyDelete
  8. hai jom join contest saya.. http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html

    ReplyDelete