Tuesday 26 February 2013

Malu Tapi Mahu





Assalamualaikum.

Hari ni aku terlewat bangkit dari tidur akibat melengah-lengahkan waktu. Hormon yang mengalir membawa bersama leluhur syaitonnirrajim laknatullah dalam tubuh badan aku dan ia begitu ampuh sekali untuk dinyahsingkir. Aku kelam kabut berlari berkejaran seindah bunga di taman untuk ke kelas Nahu Maqal. Perghh, penat bukan kepalang. Serebrum aku mencungap tidak cukup oksigen. Kardiovaskular naik mengah mengangkut zat tak cukup sifat dalam badan aku ni. Waktu begini, percayalah, tidur adalah nikmat Allah paling indah pernah aku rasakan. Takku sangka takku duga rupanya hari ni lebih teruk daripada semalam. Sadis sungguh!

Ehem ehem. Soalan pertama, adakah tajuk entri berkaitan dengan cerita romantik di atas? Soalan kedua, adakah bulu ketiak hangit kalian geli geleman tatkala membaca tajuk entri ini? Sila jawab soalan berikut di atas kertas kosong yang tidak disediakan. Maaf, entri tidak berilmiah aku ini tidak ada kaitan dengan cinta monyet, beruk mahupun kera. Tetapi, ianya berkisar tentang masalah hal ehwal kewangan aku yang diibaratkan seperti telur dadar dihujung tanduk kerbau.

Memandangkan aku seorang mahasiswi yang mengharapkan wang belas ihsan PTPTN dan elaun Suksis yang masih belum terima lagi semester ini, aku kekeringan. Hidup aku umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak perlulah nak kesian, simpati dan empati dengan diri aku. Bukanlah sebab mak ayah aku kejam tak beri duit. Aku yang segan tak bertempat dan berhabitat. Memang dari dulu aku cukup segan nak minta mak ayah aku duit. Kalau mak ayah aku tanya barulah nak buka mulut cakap dah kong. Bertuah mereka dapat anak macam aku kan? Hahaha. Sesiapa yang nak jadikan aku anak, kakak, adik, nenek mahupun bini angkat, sila hadirkan diri anda di lokasi-lokasi uji bakat di melata dunia.

p/s : Aku harap semester ini adalah kali terakhir aku mintak duit mak ayah aku. Biarlah Maggi menjadi peneman setia aku tatkala perut aku berkeroncong kerincing. 'Terima kasih, mak ayah'!

Ustazah berceloteh : “Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi). Nabi SAW mengajak seluruh umatnya bersyukur atas segala nikmat dimiliki dan tidak melihat kepada golongan yang sudah kaya dan mewah hidupnya sehingga terkocak dalam hati rasa dengki. Baginda juga meminta kita sentiasa bersyukur atas nikmat diberikan Allah dan bersifat qanaah, iaitu berasa cukup kurniaan Allah. 

19 comments:

  1. vulu ketiak tak berapa kerinting terus berketak2 membaca ayat berbau jiwangan itu. hangusssss, sehangus duitmu. apa pun, anda adalah anak yang baik. megi adalah pengerat silaturahim diantara teman sebilik, ok la saya dulu kais pagi makan petang tau hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat hangus, duit dah jadi abu dah. Hahaha

      Delete
  2. baru nak kesian. hehe.. mmgla segan tp kalau dah kering sangat terpaksa mintak jugak kan. takpe nanti dah kerja bagi la balik duit kat mak & ayah sebagai membalas jasa diorang. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, orait Chic Na! Harap2 sempat la kita balas jasa diorang, walaupun tak seberapa ^^

      Delete
  3. huh? kita sama!
    ehem ehem...kan ptptku dah masuk semalam...

    ReplyDelete
  4. Yup! Da masuk semalam. Alhamdulillah! Huhu ^^

    ReplyDelete
  5. ayat penulisan ko yg bersifat biology tu buat otak aku senak...

    aku makhluk yg tak suke BIO =.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi, aku pun makhluk tuhan paling seksi yang tak suka Bio. Tak tau la betul ke tak ayat tu. Kalau la cikgu Bio aku tau, pasti aku sedang bersemadi di alam barzakh sekarang. Huhu

      Delete
  6. Boleh tak Ariff nak pengsan baca? *pengsan*

    ReplyDelete
  7. jgn la mkn meggi jea. tak baik tuk kesihatan.
    tak pe la. dah mmg tanggungjawab mak ayah tuk tanggung anak semasa blaja.
    kalau family tahu ni lagi sedih.anak dia makan meggi jea.
    dah2 pi mintak duit. hehe
    yang penting mintak duit tuk mkn minum kan. bukan tuk berfoya2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nik Ros, duit dah masuk, Alhamdulillah. Setakat ni 2 bungkus maggi sahaja sudah selamat dihadam dan terbentuk menjadi baja organik terbaik. Huhu ^^

      Delete
  8. kehkehkeh..bulu ketiak tu tgh melambai2

    follow sini..jemput singgah ke blog Yumida

    ReplyDelete
  9. hehehe..bulu ketiak hangit tak geli ni hehe..

    teringat pula masa skola dulu..mee magi makanan bila time lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya syorkan Mama Rey pakai Rexona setahun sekali okay ^^

      Delete