Masih tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan Sobakhal khair (selamat pagi) kepada kalian walaupun jam tangan berjenama pasar malam aku telah menunjukkan pukul 11.59 pagi. Sekarang, aku sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti berjogging di pagi hari malah aku mampu meneutralkan suatu racun berbisa dikenali sebagai Malas atau nama saintifiknya 'Lazy' yang sekian lama bertapak di setiap pembuluh darah dalam tubuh sasa aku. Rasa segar, nyaman dan kadang-kadang aku rasakan aku seperti model iklan Revive yang kena gam dengan TV3. Hahaha ^^
Akak-akak kesayangan aku. Bawah dari kiri : Kak Fathiah, Kak Huda, Kak Ina, Kak Zakiah
Atas dari kiri : Aku gila, Kak Asiyah, Kak Seha. Kak Zu, Kak Ziqa dan Kak Ira tiada dalam gambar kerana melepaskan hajat mereka yang tidak berkesampaian. Haha ^^
Nasi Kerabu Ayam yang menjadi mangsa nafsu manusia rakus
Terhangit di pasaran!
Kelmarin, timbulnya satu isu kritikan daripada Ustaz Hasrizal terhadap karya penulisan novel Sejarah Islam, Abdul Latip Talib. Dikatakan Ustaz Hasrizal telah menegur metod penulisan dan modul rujukan Abdul Latip di blog rasmi serta laman Facebook beliau. Beliau menyatakan ketidaksetujuan novel fiksyen sejarah itu dimasukkan unsur-unsur yang bukan fiksyen (penceritaan dalam bentuk dialog). Ianya adalah bidaah, yakni sengaja mengada-adakan dialog Rasulullah dan para sahabat baginda. Ada yang menyokong, dan tidak kurang pula yang menentang.
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Abdul Latip Talib
p/s : Semoga Abdul Latip menerima kritikan ini secara terbuka. Walau pahit untuk ditelan, itu adalah bersifat sementara. Moga usaha Ustaz Hasrizal diberkati. Harapan aku, moga kekhilafan lalu dapat diperbaiki dan membentuk usahasama yang hebat dalam menghasilkan novel sejarah yang terbaik.
Ustazah berceloteh : Firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan ayat ke-73 yang bermaksud “Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta”. Sekadar renungan : "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu" (Imam As-Syafie)