Ice skating oh ice skating! Walaupun 3 hari telah berlalu, aku masih termimpi-mimpi malah mengigau sambil menjerit "Yippe! Aku boleh berjalan dah! Tak payah pegang aku lagi!". Wahai Ahli Nujum Pak Belalang, apakah tafsiran mimpi beta ini? Adakah seseorang putera raja dari kampung seberang akan belanja beta ber'ice skating' pula selepas ini? Hahaha ^^
Untuk pengetahuan kalian, ini adalah pertama kalinya aku ber'ice skating' di Sunway Pyramid. Aku pergi dengan kawan-kawan aku dari Maahad Hamidiah. Kami ke sana dengan menaiki komuter (KL Sentral-Subang jaya) dan bas (terus ke Sunway). Bas yang kami naiki itu teramat lah comel gila! Orang gila pun tidak secomel bas itu, tau. Hahaha. Aku berharap ini adalah kali pertama dan terakhir aku naik bas itu.
Underwear ke Subang Jaya
Inilah rupa hensem kacak bergaya bas mini tu. Terpikat tak? Aww..
Sesampainya di Sunway, perut boroi dan berlapis-lapis kami ini menjerit menyanyi lagu bergenre rock kerana kelaparan pada tahap maksimum. 'Ala kulli hal, kami berpusu-pusu menyerbu francais Chicken Rice Shop seperti tidak pernah menjamah makanan berabad lamanya.
Si comel lote Hani dan si lemah-lembut Mira masih pening-pening taik lalat memikirkan masalah kelaparan yang sedang melanda perut mereka itu
Ohhh, Chicken Rice Shopp.. Bukan sekadar Nasi Ayam! (sila menyanyi mengikut rentak iklan sebenar). Tapi apa yang aku perhatikan di sini hanyalah sekadar Nasi Ayam. Tiada Nasi Kandar. Tiada Kamdar.
Penyakit poyo kami amatlah sukar dirawat
Kuda kepang bergerak dengan kuasa sakti
Aku sudah matang. Jangan terpedaya dengan gambar-gambar ini
Tembak jangan tak tembak!
Vroom! Vrooom! bersama anak Pakcik Sani, Nadya
Bumper car hanyalah untuk pemandu-pemandu berhemah seperti kami. Sekian
Bersedia untuk ice skate. Dari kiri Syafiqah (Along), Masyitah , Mira dan aku kah itu?
Dengan bangganya kami berjaya berdiri dan berjalan dengan gahnya. Tapi belum boleh berlari laa. Masih belum sampai lagi ke tahap itu. Hahaha. Kira okay la kann
Pemandangan di luar Sunway Pyramid. Cantik kan? Banyak lampu, dah macam I-City. Eh, Pak Polisi ni interframe pulak dalam gambar ni. Biarlah, asalkan dia bahagia
Ustazah berceloteh : “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang berbuat baik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang berbuat baik terhadap jirannya.” (HR al-Hakim)
wah2 bestnye!
ReplyDeleteNanti kita pegi pulak ea? Hehe ^^
Deleteseronoknya berindoor games. :)
ReplyDeleteYup, sangat! ^^
Deletehai awak. nk tnye sikit. hihi. dri ktm subang jaya naik bas kan nk pergi sunway ? brpe lama ya ?
ReplyDelete