Hoii, it's semester break once again! Yippe! Tapi sem break kali ini adalah jauh sekali berbeda dengan sem break yang sebelumnya. Sebabnya aku sedang praktikal magical miracle. Praktikal jugalah yang menghalang aku daripada berlakunya qada' tidur yang tidak terkawal. Untuk pengetahuan korang, aku sedang berpraktikal di Department of Armed Forces Religious Corps. Eh, tiba-tiba terkeluar Bahasa Orang Kafir pulak. Bukan apa, nampak lebih gah kalau guna bahasa tu. Haha. Tempat yang aku idam-idamkan selama ini, Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Pintu depan Mindef (Ministry Defence)
First day praktikal, memang excited gila dan ada la perasaan cuak-cuak sikit. Aku datang awal, beb! 7.30 am. Pejabat tak ramai staff lagi. Haha. Kalau classmate aku tau, diorang mesti susah nak percaya dan sesuka hati mengatakan bahawa kata-kata aku ini hanyalah dusta belaka. Jarak rumah aku ke Mindef (Ministry Defence) amat la jauh beribu batu. Aku naik dari KTM Bandar Tasik Selatan hingga ke LRT Dato' Keramat selama 35 minit. Then, naik bas 5 minit pulak. Tapi takde hal la. Minat tentera punya pasal. Apa pun boleh demi kau, KAGAT.
Next station, LRT Dato Keramat. Sila awasi langkah anda
Seminggu di Mindef, aku agak kekok sedikit. Maybe sebab aku sorang je pelajar praktikal sana. Tapi aku boleh sesuaikan diri dengan adanya bakat berceloteh aku yang terendam sekian lama. Tuan-tuan, ustaz, dan ustazah kat sini pun okay je. Caring habiss. Seminggu ni aku takde keluar duit makan pun. Diorang belanja. Untung kan praktikal sorang-sorang? Haha. Korang jangan jeles la pulak. Security kat sini memang strict gila bak ang. Nak masuk tandas pun kena touch kad. Baru pintu bukak weh.
Pintu ke tandas. Aku selalu masuk tandas ni untuk memanaskan diri. Office sejuk kott
Cafe Mindef. Semua pakai uniform. Smart siott!
p/s : Aku di Janda Baik, Pahang sekarang. Outstation. Haha. Tunggu nanti aku update entry outstation pulak. See u soon!
wah roomate beznya ka praktikal..msti ka usha diorg sruh belanja mkn kn..hahaha
ReplyDeleteHaha. Mana ada aku suruh diorang belanja makan. Diorang yang nak belanja, aku redha je la. Rezeki jangan ditolak, tak baikk. Haha
ReplyDeleteJabatan Arah ni apa fungsinya dik?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePuan Akmalina ni aktif lagi ke kat blog? Saya ada sedikit soalan psl LI di MINDEF.
ReplyDeletesis, nk tanya praktikal dkt mindef dpt elaun tak ?
ReplyDeleteboleh saya tahu macam mana nak mohon yee?
ReplyDeleteSaya pun nak tahu macan mana nak mohon untuk internship dekat mindef
ReplyDeleteHantar emel urusetiabpsm@mod.gov.my
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam. Masih valid ke kalau guna method ni untuk apply internship? Terima kasih.
Delete***bahagian pengurusan sumber manusia kementerian pertahanan
ReplyDeleteHi, saya nk tanya.. mcm mana nak apply internship dkt mindef ye?
ReplyDelete