Pejam celik terkebil-kebil rupa-rupanya aku sudah masuk semester 4. Ini bermakna hanya tinggal 3 semester sahaja yang bersaki-baki. Yang pasti, hari dan ketika yang mendatang pasti menjadikan kita insan yang lebih berjiwa baru. Sama ada berpendirian yang rapuh kepada yang lebih teguh, jiwa yang kosong kepada yang lebih terisi, dan perut yang leper kepada yang lebih gendut bertali kecapi.
Dalam kelas subjek Ahwal Syakhsiyyah tadi, aku belajar mengenai konteks akad nikah. Lantaran itu, serebrum baru menghantar pesan kepada jari jemari lembut melalui medula oblongata aku supaya mnge'post' entri dalam blog sakai ini mengenai majlis perkahwinan kawan aku, Nasibah bt Khaidir. Owyeahh ^^
Nasibah dan suaminya, Syafie. Sweet gilaa kan? Nasibah ni merupakan kawan sekolah menengah aku dulu, SMK Bandar Tasik Selatan. Kami sekelas, sehostel, sekepala, sebantal, serta sesemut yang mempunyai sesungut. Sumber : Muka buku
Saat akad nikah ^^
Dari kiri ; Akmar, Nabihah, dan budak sewel sesat. Si comel kat bawah tu, Fatah. Lebih kurang 6 tahun lamanya aku tak jumpa mereka ni. Perangai semua dah matang-matang belaka
Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, haaa
Aku tak tau la siapa punya angkara yang ambil gambar sedemikian tiada rupa. Terima kasih la ye -.-
Aku curi gambar ni kat FB. Mereka ni satu geng star celop. Tempahan? Hubungi saya. Haha ^^
Kami berjaya mengekalkan keayuan dan keremajaan yang telah dipelihara sejak zaman Penjajahan Jepun pada 1941 di Tanah Melayu lagi
Ini semua poyo!
Rumah pengantin. Yela, tak kan rumah aku pulak kan. Bukan aku yang kahwin
Tiga dara pungutan di jalanan. Undilah mereka untuk masa depan anda, keluarga dan rakyat Malaysia
Makan biadap
Dari kiri; Fatin Qila, Kecik, Aainaa, Zehan the Lonjong, Piqa Hohoho Holib, Aku the Sotong Kurita, Honey Madu, Umer, Dayah the Kembang, Lynn Tah Darat dan Ieka. Stok terhad, dapatkan di Pasar Besar Mydin sekarang!
Ustazah berceloteh : Jangan takut nak kahwin awal. Rezeki Allah SWT ada di mana-mana sahaja. Allah berfirman dalam Surah an-Nur ayat 32 yang bermaksud : "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
wow.pengantin makan biadap..gelojoh sangat ke apa tu..hahaha
ReplyDeleteBukan setakat gelojoh, dah macam kebuluq aku tengok. Tak makan dari pagi agaknya. Haha
Deletekikiki.. caption kat pict2 tu buat sy tergelak. ;)
ReplyDeleteChic Na, jangan la gelak. Ketawa je la. Hehe ^^
Deletebila nak update ni? ;)
DeleteTakde cerita la Chic Na. Huhu. Lagipun agak busy recently :(
DeleteCntiknyaaaa pengantin tu ! dhla wrne kgemaran kak z. haha ekhems akma bile lagi ? :P
ReplyDeleteWarna kegemaran Kak Z ea? Memang sesuai la dengan Kak Z. Tambah dengan pink. Memang meletops! Err. Kita? Kita dahulukan yang tua. Hahaha ^^
Deleteamboi kak ayat mengumpat saye ye... haha.. sy mkn gelojoh ye????
ReplyDeleteHaaa. Pengantin dah sampai. Lariiii. Hahaha ^^
Deletehahaha..jgn ingat aku xtau ye.. follow la aku.. tp aku jrg update,,teringin juga selalo update ni..hehe
DeleteInsyaallah! Orait. Berehh ^^
Deletecantiknya baju pengantin pompuan tu.kalaer pun sweet jea
ReplyDeleteYup! Sangat! ^^
DeleteTengok gambar Akmar, Nabihah dan Ayat, terus rindukan masa-masa di South Lake City. Tapi memang yang selalu contact tu Nabihah then Ayat la sampai sekarang
ReplyDeleteElehh. Cakap je la rindu kat Ayat je. Hahaha ^^
DeleteSaya suka baju pengantin and they two are so sweet! comey la pengantin perempuan.
ReplyDeleteKan? Sweet like candy! ^^
Delete