Tuesday, 1 July 2014

Potensi La Sangat..

Assalamualaikum

Salam Ramadhan al-mubarak, korang! Aku memang dah banyak mengarut sawan gila meroyan kat blog ni. Ada pulak idea aku buat poem jiwang. Haha. Sebenarnya, aku malas nak tulis panjang. Maka, aku nukilkan dalam bentuk poem je la. Ringkas dan padat. Kau boleh terus baca poem tersebut bukan sekadar melalui mata hati, malah melalui kornea mata kau yang akan mengesan rangsangan cahaya bagi menghubungkan retina ke otak untuk menafsirkan terjemahan poem yang telah aku nukilkan di dalam entry sebelum ini.

Hungry eyess

Aku baru je habis baca buku motivasi semalam. Tajuk dia 'Pimpin Aku ke Syurga'. Dalam buku tu, tak habis-habis suruh aku kenal potensi dan kelebihan diri aku. Kalau dah kenal/tau, dia suruh aku gilap potensi dan kelebihan yang aku ada. Banyak cantik muka pengarang tuuu. Makin stress pulak weh. Pening pikir, aku ni ada potensi dan kelebihan ke?

Once upon a time...

Menulis ke? Kalau menulis, aku takde bakat pun, hanya suka-suka je. Aku suka buat poem yang santai dan suka kritik makhluk sekeliling aku yang macam-macam ragam dan rencam. Sebab tu la aku minat baca karya-karya Fixie, Lejen Press, Kotak Hitam dan yang sewaktu dengannya. So, nak menggilapkan memantopkan meng'umphh'kan lagi minat menulis ni, aku kena la pergi bengkel penulisan. (Macam tu ke? Err. Aku tak suka bengkel ceramah sebenarnya. Mengantok ya Rabbi!) Haha. Then, aku akan jadi penulis. (Layak ke?) Haha! Yang paling best, kalau kita menulis tentang Islam or motivasi yang dapat sedarkan orang ramai, aku akan dapat ganjaran. Ganjaran akhirat. Allahuu

Apakah?

Main muzik ke? Tak tau sejak bila aku dah terjebak dengan perkara-perkara lagha ni. Haha. Aku minat menyanyi, main gitar dan ukulele. Tapi tak kan aku nak jadi artis kot? (Sila muntah darah) Hahaha! Jadi artis memang best kat dunia ni, tapi kat akhirat macam mana? Hm. Mungkin aku boleh sumbangkan suara aku untuk ajar taranum or qasidah. Boleh bukak kelas 'Pusat Kemahiran Al-Quran'. Jadi ustazah la aku nampaknyaa. (Layak ke? Ok, berangan)

Setakat ni, dua potensi je yang ada dalam diri aku. Tu pun macam tak kena la. Haha. Kau jangan cakap aku riak pulak. Ada yang makan sup kaki aku kang. Orang kata, kita jangan rasa merendah diri sangat, sampaikan kelebihan diri sendiri pun tak nampak. Tak tau la siapa yang kata. Lantak dia la nak kata apa. Yang kau sibuk sangat nak tau kenapa!


Sunday, 29 June 2014

Please Don't Get Tired Of Me



It happens every time
She lose interest in me
She get tired of me
Suddenly, she don't bother hitting me up anymore
The conversations become shorter
She forget about me and I just become a distant memory
I wonder if it's my fault sometimes
But then I realize that people never stay in my life
And there's nothing I can do about it

Saturday, 21 June 2014

Aku Dah Agak Dah!



Aku dah agak dah!
Pada mulanya rasa tak sedap hati
Tapi aku memaksa diri
Berjumpa dengannya hanya sehari
Rindu ini, sumpah tak tertahan lagi

Aku dah agak dah!
Dia hanya diam membisu
Nak cakap apa pun tak tahu
Aku hanya duduk termangu
Kadang membebel, kadang merapu

Aku dah agak dah!
Kita dah tak semesra dulu
Hilang gelak tawa yang macam hantu
Nasib ada gitar yang membantu
Neutralkan suasana yang sudah pun kaku

Aku dah agak dah!
Berkongsi kasih memang perit
Hati akan sentiasa berdenyut sakit
Walaupun senyum panjang tinggi kelangit
Tak siapa tahu perasaan yang menghimpit

Aku dah agak dah!
Sebelum berpisah gaduh pun sempat
Tak pasal-pasal air mata turun lebat
Tapi aku nak kau ingat
Wallahi, hanya kau sahabat aku dunia akhirat

p/s : Ni la padahnya sayang sangat dengan kawan yang sorang tu. Konon-konon real friend. Yes, padan muka aku!