Saturday, 29 June 2013

Praktikal di Mindef

Assalamualaikum.

Hoii, it's semester break once again! Yippe! Tapi sem break kali ini adalah jauh sekali berbeda dengan sem break yang sebelumnya. Sebabnya aku sedang praktikal magical miracle. Praktikal jugalah yang menghalang aku daripada berlakunya qada' tidur yang tidak terkawal. Untuk pengetahuan korang, aku sedang berpraktikal di Department of Armed Forces Religious Corps. Eh, tiba-tiba terkeluar Bahasa Orang Kafir pulak. Bukan apa, nampak lebih gah kalau guna bahasa tu. Haha. Tempat yang aku idam-idamkan selama ini, Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pintu depan Mindef (Ministry Defence)

First day praktikal, memang excited gila dan ada la perasaan cuak-cuak sikit. Aku datang awal, beb! 7.30 am. Pejabat tak ramai staff lagi. Haha. Kalau classmate aku tau, diorang mesti susah nak percaya dan sesuka hati mengatakan bahawa kata-kata aku ini hanyalah dusta belaka. Jarak rumah aku ke Mindef (Ministry Defence) amat la jauh beribu batu. Aku naik dari KTM Bandar Tasik Selatan hingga ke LRT Dato' Keramat selama 35 minit. Then, naik bas 5 minit pulak. Tapi takde hal la. Minat tentera punya pasal. Apa pun boleh demi kau, KAGAT.

Next station, LRT Dato Keramat. Sila awasi langkah anda

Seminggu di Mindef, aku agak kekok sedikit. Maybe sebab aku sorang je pelajar praktikal sana. Tapi aku boleh sesuaikan diri dengan adanya bakat berceloteh aku yang terendam sekian lama. Tuan-tuan, ustaz, dan ustazah kat sini pun okay je. Caring habiss. Seminggu ni aku takde keluar duit makan pun. Diorang belanja. Untung kan praktikal sorang-sorang? Haha. Korang jangan jeles la pulak. Security kat sini memang strict gila bak ang. Nak masuk tandas pun kena touch kad. Baru pintu bukak weh.

Pintu ke tandas. Aku selalu masuk tandas ni untuk memanaskan diri. Office sejuk kott

Cafe Mindef. Semua pakai uniform. Smart siott!

Kat Jabatan Arah KAGAT ni ada 8 sel tak silap aku. Minggu pertama aku ditempatkan di Sel Pengurusan Sumber Manusia. Penyelia sel ni adalah seorang yang cekap, Cik Fakhrurrazi. Aku tabik spring la kat dia. Kerja dia buat teratur je. Tak macam aku ni ha, serabut beb! Kejap itu, kejap ini pulak. Aku just bantu dia uruskan peserta-peserta ATM berkursus, kemaskini data-data ATM PJJ (Pendidikan Jarak Jauh), dan apa entah lagi. Sekarang ni baru aku tau macam mana nak guna Microsoft Excel. Aku memang kolot binti ketinggalan khairulzaman. Kau kisah apa? Hahaha.

p/s : Aku di Janda Baik, Pahang sekarang. Outstation. Haha. Tunggu nanti aku update entry outstation pulak. See u soon!

Tuesday, 4 June 2013

Malaslah Puncanya!

Assalamualaikum.

Blogging. Aku tengok korang (kawan-kawan blogger aku yang awesome) memang rajin gila kentang update entry setiap hari. Menulis blog ini umpama bekerja harian, office hour, kau tau? Tiap-tiap hari kau kena masuk kerja. Kalau satu hari kau cuti tak bekerja iaitu tak berblogging, esoknya kau nak masuk kerja, kau akan jadi malas dan masih dalam mood nak bercuti. Contoh yang paling terdekat ialah diri aku sekarang. Yeah, look at me! Agak lama aku tak update entry dekat blog sakai ni, sudah genap dua bulan barangkali. Kesian aku tengok kau, blog. Dah la buruk, hodoh, busuk. Takde orang kisah pulak tu. Malangnya nasib kau dapat tuan macam aku ni. Hahaha!

Tapi. Tapi. Tapi kan. Tapi bila sekali kau sudah mula setiap hari blogging, kau akan dapat momentum penulisan itu dan kau akan terus menulis dan menulis, dan tidak kisah untuk memperuntukkan sedikit masa pada setiap hari. Kau hanya perlu terus menulis, menulis, dan terus menulis, supaya kau terbiasa menulis dan jangan berehat dari menulis blog. Berehat mengajar kau bersenang. Kau jangan berhenti.

Tapi bila kau sudah mula meninggalkan blog kau untuk beberapa hari, untuk mula menulis semula adalah sangat payah, sangat malas. Malas weh. Malas gila tau!

Aku rasa semua benda dalam kehidupan seharian kita macam ni kan? Kau tengok bilik kau bersepah, kau rasa malas nak kemas, tapi bila sekali kau mula mengemas, kau akan mengemas gila-gila. Kan? Eh, ke aku sorang je perangai macam tu? Kan dah kantoi. Haha! Kau hanya perlu memulakan sesuatu yang lama ditinggalkan, dan selepas sudah jumpa permulaan itu, Alhamdulillah, perjalanan akan lancar. Vrooom!

p/s : Minggu ni aku study week. So, minggu depan aku final exam di mana exam ini merupakan aktiviti lasak terakhir yang mencabar kewarasan fikiran sebagai penutup tirai semester 4. Tapi yang peliknya aku excited gila nak praktikal lepas exam ni. Pulak dah. Apa? Praktikal? Tempat praktikal? Kat mana? Jeng jeng jeng! I will update soon. Wish me luck by the way! ^^


Mood study. Take a break with ukulele!

Ustazah berceloteh : "Allah SWT mencela sikap lemah, tidak bersungguh-sungguh (malas), tetapi kamu harus memiliki sikap cerdas, namun jika kamu tetap terkalahkan oleh suatu perkara, maka kamu berucap 'cukuplah Allah menjadi penolongku, dan Allah sebaik-baik pelindung.'' (Hadis Riwayat Abu Daud)

Friday, 15 March 2013

Ya Allah, kuatkan hatinya!

Assalamualaikum.

Masih tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan Sobakhal khair (selamat pagi) kepada kalian walaupun jam tangan berjenama pasar malam aku telah menunjukkan pukul 11.59 pagi. Sekarang, aku sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti berjogging di pagi hari malah aku mampu meneutralkan suatu racun berbisa dikenali sebagai Malas atau nama saintifiknya 'Lazy' yang sekian lama bertapak di setiap pembuluh darah dalam tubuh sasa aku. Rasa segar, nyaman dan kadang-kadang aku rasakan aku seperti model iklan Revive yang kena gam dengan TV3. Hahaha ^^


Akak-akak kesayangan aku. Bawah dari kiri : Kak Fathiah, Kak Huda, Kak Ina, Kak Zakiah
Atas dari kiri : Aku gila, Kak Asiyah, Kak Seha. Kak Zu, Kak Ziqa dan Kak Ira tiada dalam gambar kerana melepaskan hajat mereka yang tidak berkesampaian. Haha ^^


Nasi Kerabu Ayam yang menjadi mangsa nafsu manusia rakus


Terhangit di pasaran!

Alamak, dah tersasul banyak ni. Okay, kembali serius! Seperti yang pernah aku bebelkan bagai nak rak sehingga tersembur saliva sebelum ini, minat aku terhadap Sejarah Islam masih tidak dapat disangkal lagi. Walaupun pelbagai usaha untuk menyangkal kebenaran tersebut telah dilakukan secara berkala, namun ianya masih tidak berkesudahan rentetan daripada sikap aku yang tertarik terhadap gaya penulisan Abdul Latip Talib yang versatil seolah-olah sudah menjadi satu ketagihan berat kepada aku.

Kelmarin, timbulnya satu isu kritikan daripada Ustaz Hasrizal terhadap karya penulisan novel Sejarah Islam, Abdul Latip Talib. Dikatakan Ustaz Hasrizal telah menegur metod penulisan dan modul rujukan Abdul Latip di blog rasmi serta laman Facebook beliau. Beliau menyatakan ketidaksetujuan novel fiksyen sejarah itu dimasukkan unsur-unsur yang bukan fiksyen (penceritaan dalam bentuk dialog). Ianya adalah bidaah, yakni sengaja mengada-adakan dialog Rasulullah dan para sahabat baginda. Ada yang menyokong, dan tidak kurang pula yang menentang.


Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Abdul Latip Talib

Sungguh, aku sangat menyanjungi kedua-dua insan yang berbakat dalam bidang penulisan seni kreatif ini.  Bagi aku yang kurang ilmunya ini, adalah lebih afdhal Ustaz Hasrizal mengadakan munaqashah (diskusi) bersama Abdul Latip dan editornya dan bersinergi dengan mereka untuk menghasilkan novel sejarah yang lebih mantap dan hebat. Jika novel Sejarah Islam itu hanya bersalahan dari segi metod dan bukannya fakta, maka ilmunya tetap benar. Kata Saidina Ali RA : “Didiklah anak-anak kamu mengikut zamannya, bukan zaman kamu, kerana mereka akan hidup dizaman meraka yang tidak akan sama dengan zaman kamu”. Maka pada zaman sekarang, kita perlukan kreativiti yang lebih banyak daripada zaman salafus saleh. Remaja kita berhadapan dengan dorongan kearah kejahilan yang amat dahsyat. :(

p/s : Semoga Abdul Latip menerima kritikan ini secara terbuka. Walau pahit untuk ditelan, itu adalah bersifat sementara. Moga usaha Ustaz Hasrizal diberkati. Harapan aku, moga kekhilafan lalu dapat diperbaiki dan membentuk usahasama yang hebat dalam menghasilkan novel sejarah yang terbaik.

Ustazah berceloteh : Firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan ayat ke-73 yang bermaksud “Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta”. Sekadar renungan : "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu" (Imam As-Syafie)