Monday 22 July 2013

Cherengin Hill Resort, Janda Baik

Assalamualaikum.

Adehh. Cherengin Hill Resort, Janda Baik ni memang dah berjaya buat aku mati kutu. Ada aku dengar suara-suara sumbang mahram kata "Amboii, best la budak OJT (On Job Training, ni istilah tentera bagi pelajar praktikal) pergi makan angin kat sana." Err. Best ke? Tempat tu memang la best. Tapi yang tak bestnya, aku duduk kat bilik sorang-sorang je. Hampeh betul. Oleh itu, terpaksa la aku membebel dengan katil, almari serta lampu. Alhamdulillah, walaupun mereka tidak memberi apa-apa respon sama ada baik atau buruk, tapi mereka merupakan pendengar yang baik dan setia! Yeaahhh!


Sesuai untuk pasangan yang nak berbulan madu. Nak bermadu pun boleh

Aku pergi ke sana dengan Cik Fakhrurazi dan Ustaz Fhikri. Sampai je kat sana, terus ada tugasan. Aku diberi arahan oleh Mejar Kamil untuk jaga kaunter kehadiran dan agihkan bilik kepada peserta seminar. Habis settle je kerja tu, aku terus masuk dewan nak dengar Seminar Kepimpinan Muhammad Al-Fateh ni. Memang sangat la awesome. Aku suka gila dengan cara menyampaian penceramah tu. Kalau dengar pasal sejarah, automatically mengantok tanpa dipinta kan? Tapi yang ni lain. Gempak! Bersemangat! Siap tunjuk video cerita Al-Fetih lagi. Anyone yang ada fully movie al-Fetih 1453 (with English subtitle), sila rajin-rajinkan jari korang untuk komen entry ni or PM aku kat Facebook. Aku kempunan sangat nak tengok movie tu. Aku sanggup bayar berapa je yang korang nak. 10ribu, 20ribu, 100ribu pun aku sanggup! Dengan syarat, duit jutaria la. Hahaha!


Ni bukan cerita kartun. Ni the real one

Malam tu, ada majlis makan malam anggota KAGAT dan keluarga diorang. Dari situ la aku kenal semua anggota KAGAT ni. Daripada Dato' Pengarah sehinggalah ke prebet.


Aku diapit oleh Cik Khairul, Cik Naser dan isteri diorang. 
Pangkat diorang ni PW 1 (Pegawai Waran)

Esoknya, ada mesyuarat pulak. Mesyuarat Anggota Jawatankuasa KAGAT. Aku just buat persiapan untuk bilik mesyuarat je. Kemas tu, kemas ni. Then failkan minit mesyuarat. Check slide mesyuarat dan buat backdrop powerpoint. Aku buat dengan Ustaz Fhikri. Dia muda lagi. Umur baru 27. Tapi dah kahwin dan ada anak sorang. Haha! Melepas la kau, Jahhhh! Haa, lupa nak bagitau. Sesiapa yang dah termaktub joining KAGAT ni, secara tidak langsungnya digelar ustaz/ustazah. No wonder la diorang yang lupa nama aku, panggil aku ustazah. Alahai, baiknya akuuu. Layak ke aku jadi ustazah niii. Ya Allah, perelokkan peribadi dan akhlakku. Aminnn ya Rabb!

p/s : Entry ni aku lupa nak post. Dah nak sebulan dah ada dalam draft. Haha! Anyway, selamat berpuasa, korang! Banyakkan zikir & baca al-Quran ea ^^