Monday 30 July 2012

Unforgettable Moments - I'm a Winner! :)


Assalamualaikum.

Penulis Novel Sejarah, Abdul Latip Talib telah membuat satu peraduan untuk peminat novelnya. Cara-cara nak sertai peraduan ini sangatlah www.mudah.my. First and foremost, peserta hendaklah mempunyai koleksi novel sejarahnya. Second, ambil gambar bersama koleksi buku-buku tersebut. Third, buat slogan yang terbaik dan termantop panjangnya tidak lebih 100 patah perkataan yang bermula dari ayat "Jika saya terpilih mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah, saya akan .....". Last but not least, gambar dan slogan tersebut hendaklah di postkan ke wall Facebook Abdul Latip Talib atau emelnya. Itu sahaja. ^^

Jadi, saya mengambil keputusan untuk menyertai peraduan ini. Hadiahnya sangatlah berharga bagi aku iaitu menunaikan UMRAH bersama penulis tersebut. Masyaallah! Aku masih belajar, tidak termampu nak ke sana. Wang simpanan juga masih tidak mencukupi, cukuplah sekadar menampung perbelanjaan sendiri untuk beli maggi, naik bas Sani dan hidup berdikari. Sememangnya jauh di sudut hati, aku telah menyimpan impian untuk pergi ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sejak tingkatan 4 lagi. Masakan tidak, tajuk Haji dan Umrah di dalam silibus subjek Pendidikan Syariah Islamiyah menjadi salah satu tajuk kegemaran aku.

Melihat kehebatan slogan peserta besama koleksi novel mereka, hati aku menjadi runtun. Kecut perut dibuatnya. Aku tidak pasti sama ada aku antara yang terpilih atau tidak. Terserahlah kepada Allah, Allah Maha Mengetahui. Aku sekadar mencuba nasib.

Keesokan harinya, Abdul Latip Talib yang mesra disapa sebagai Pak Latip mengumumkan pemenang peraduan novel sejarah Islam di laman sosial Facebooknya. Ternyata, impian aku tercapai. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Tidak semena-mena, aku menjerit-jerit setengah histeria seperti monyet di dalam zoo yang kelaparan seperti tidak pernah makan bertahun lamanya. Sungguh, aku tidak dapat mengawal perasaan. Aku terpilih sebagai pemenang dan terpilih mengerjakan Umrah bersama beliau.

Slogan aku yang berjaya menambat hati pengadil :

"Jika saya terpilih mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan 'inayahNya saya dipilih oleh Allah SWT menjadi tetamunya. Selama 20 tahun saya hidup di dunia yang fana ini, saya rasakan ibadah saya seakan-akan tiada roh. Tiada rasa haya' dan takut kepadaMu. Sesungguhnya saya ingin mencari semangat yang hilang ini. Dan ingin juga mencari kejernihan air mata yang sering mengiringi bacaan doa saya. Maka hati ini sangat-sangat teringin untuk merasai kenikmatan berdoa dan beribadat kepadaMu. Subhanallah, saya pasti terdiam seribu bahasa tatkala menatapi kaabah dihadapan saya. Akan terlukis juga kerinduan yang hadir dari hati yang dihimpit perasaan ingin dibelai Tuhan. "